Selasa, 24 Mac 2015

FAKTA TENTANG PREMIUM BEAUTIFUL CORSET

Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu
 peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan
 mengakibatkan
 perubahan bentuk badan?
Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful
 ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon,
 tetron serta fabrik lain dan disulami dengan
 cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray)
 yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. 
Iamenggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan.
 Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan
 yang baiktelap udara dan sesuai untuk pemakaian
 seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan
 menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang,
 malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat
 menghasilkan kontur badan yang menarik.


Adakah pemakaian Premium Beautiful akan
 menyebabkan badan berasa panas?
Pakaian dalam pembentukan badan Premium 
Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi
 yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber,
 nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan
 yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian
 Premium Beautiful pada hari panas tidak akan
 menyebabkan badan berasa panas, malah anda
 akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan
 yang menarik.



Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin,
 bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan
 ukuran badan?
Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan
 pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana
 selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih 
kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama
 dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada
 bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan
 adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung
 lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran
 badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu,
 bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal,
 Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari
 selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang
 melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya
 boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin
Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk
 menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama.
 Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi
 kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat
 membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat
 mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.



Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini
 merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya,
 kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya.
 Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan,
 anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan 
berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama,
 lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak
 akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian,
 lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang
 mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka
 mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari
 pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh 
penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut,
 anda akan berasa semakin selesa. 



Adakah pemakaian Premium Beautiful
 dapat membantu masalah payudara yang
 kendur dan menggelebeh?
Payudara yang melendut mungkin disebabkan
 oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan 
pinggang di mana ia merupakan masalah yang
 paling umum bagi kebanyakan kaum wanita
 yang telah bersalin. Premium Beautiful yang
 direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan
 cawan coli berstereoskopik yang dapat
 menampung payudara agar ia tidak jatuh dan
 menumpukannya kepada kedudukan yang betul.
 Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian
 perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara
 serta mengelakkan masalah payudara yang kendur 
dan menggelebeh






Adakah Premium Beautiful tidak dapat 
menampung payudara yang terlalu besar
 dan menyebabkannya melimpah keluar?
Premium Beautiful mempunyai 3 keping jahitan
 cawan coli berstereoskopik, rawan keluli dan
 reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan
 di bahagian depan yang dapat menampung payudara
 agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada
 kedudukan yang betul serta menegak dan
 mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia
 dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.


Adakah masalah payudara yang kendur 
dapat diperbaiki dengan memakai Premium Beautiful?
 Ada orang mengatakan bahawa dengan
 memakai Premium Beautiful, payudara akan
 menjadi besar? Adakah ia benar?
Saiz payudara mungkin akan berubah
 berpandukan kepada keadaan fisiologi seseorang.
 Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam
 yang baik seperti Premium Beautiful dalam
 jangka masa yang panjang, ia dapat memperbaiki
 masalah payudara yang kendur dan menggelebeh,
 seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.




Bilakah Long Brassiere Premium Beautiful
 sesuai dipakai? Apakah tempat yang sesuai
 untuk memakainya?
Anda akan memperolehi kesan yang terbaik
 sekiranya anda memakai Long Brassiere 
Premium Beautiful setiap hari. Apabila
 bentuk badan sudah dikekalkan, anda boleh
 memakai Long Brassiere Premium Beautiful
 bersama-sama dengan singlet, skirt atau
 seluar pendek mengikut kehendak anda.
 Namun, sekiranya anda tidak dapat memakai
 Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari,
 anda boleh memilih untuk memakainya bila-bila
 masa sahaja misalnya semasa anda menghadiri
 majlis perkahwinan atau majlis makan malam. Ia
 dapat menonjolkan bentuk badan yang langsing dan menarik.



Mengapakah kita perlu memakai brassiere
 Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya
 memakai long girdle?
Lemak mudah terbentuk di bahagian
 bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. 
Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini,
 lama-kelamaan lemak akan terbentuk.
 Jika anda hanya memakai long girdle untuk
 jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk
 di bahagian perut dan paha luar , maka
 kontur badan akan menjadi tidak menarik.



Adakah long brassiere harus dipakai bersama
 dengan long girdle dan waist nipper?
Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful

 merupakan pakaian dalam pembentukan badan
 yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur
 di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha
 dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper pula,
 ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut,
 meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya
 lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang
Semasa anda memakai pakaian yang ketat,
 waist nipper diperlukan untuk memenuhi 
ruang antara brassiere dan long girdle untuk
 membentuk pinggang yang ramping dan 
seterusnya memperbetulkan postur badan. Maka,
 mereka yang memakai long brassiere, waist nipper
 dan long girdle pada masa yang sama dapat
 membentuk kontur badan yang menarik..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan