Jumaat, 25 September 2015

balek kampung

Semalam berkampung kat gemas....Negeri Sembilan.....bila nak balik kampung bawa lah kereta elok-elok lagi-lagi time raya...tips-tips balik kampung ngan selamat adalah;-

1. Hantar kereta pergi servis
Ini penting lebih-lebih lagi apabila lebuhraya PLUS dijangkakan akan sesak teruk seperti biasa tahun ini. Minyak hitam kena tukar, tayar kena check ada bunga lagi ke tak, balancing dan alignment pun kena buat. Taknaklah tiba-tiba enjin kereta mati atau tayar pecah di tengah-tengah highway. Boleh spoil mood nak beraya kalau jadi macam itu.

2. Pastikan alarm keselamatan rumah berfungsi
Di kala kita bergembira berhari raya di kampung, kadangkala ada orang yang tak berapa baik ini akan cuba mengambil kesempatan ketiadaan kita di rumah. Pecah masuk memang dah jadi normal setiap kali musim perayaan. Tak ke sedih balik-balik kampung je tengok semua barang dalam rumah dah lesap? Jadi selain memastikan alarm keselamatan rumah berfungsi,juga maklumkan kepada polis serta jiran-jiran yang kitaorang tak ada di rumah ketika Hari Raya. Sekurang-kurangnya diorang boleh inform kalau ada sesuatu yang mencurigakan.

3. Dapatkan insurans hayat
 Malang memang tidak berbau ketika pulang ke kampung. Selain daripada berdoa agar perjalanan dipermudahkan, lia sekeluarga memang mengambil insurans hayat untuk ketenangan minda. Sekurang-kurangnya kalau jadi apa-apa, tak adalah risau sangat bab kewangan. Sekarang ini nak beli insurans dah senang sangat-sangat. 
Amcam tips-tips balik kampung lia? Unik kan? Kongsikan juga apa yang korang selalu lakukan sebelum pulang ke kampung. Mana tahu ada idea-idea yang lebih menarik dan bermanfaat. Apa pun,lia nak ucapkan, selamat pulang ke kampung dan berhati-hati di jalan raya. Jangan bawa kereta laju laju sangat. INgatlah orang tersayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan