Isnin, 8 Ogos 2016

Penjagaan Premium Beautiful

Actually, penjagaan Premium Beautiful ini bukanlah susah mana sangat pun, cuma kalau tidak dijaga dengan betul-betul, Premium Beautiful boleh rosak and tidak akan tahan lama. Sayang lah kan, sebab dengan hanya penjagaan yang betul, Premium Beautiful boleh bertahan lebih daripada 10 tahun tau.

So, first thing first, make sure you all pilih pencuci atau wash yang betul untuk Premium Beautiful.

Panduan Memilih Pencuci / Losyen:

Gunakan syampu atau losyen yang disyorkan sahaja. Normally, Mama akan syorkan Premium Beautiful Natural Wash sahaja.Gunakan losyen yang beralkali lemah atau neutral.Jangan menggunakan pemutih klorin.Meletakkan pakaian dalam ke dalam air setelah syampu atau losyen melarut dengan sepenuhnya.Rendam dan cuci secara berasingan dengan pakaian lain terutamanya pakaian yang berwarna.

Penduan Mencuci:

Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh.Suhu air di antara 30°C – 40°C.Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.

Bilas:

Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih.Jangan menggunakan bahan peluntur yang mengandungi klorida.Tidak boleh diperah dengan tangan.

Cuci:

Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor.Kemudian bersihkan selama 15 minit.

Perahan:

Jangan perah pakaian dalam anda sebaliknya gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut.Kemudian, kemaskan bentuk pakaian dalam tersebut kepada bentuk asal.Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Hindarkannya dari pancaran matahari.Pakaian dalam tidak boleh diseterika.Simpan dengan kemas apabila ia kering.

Beberapa LARANGAN PENTING!

Dilarang menggunakan syampu atau losyen beralkali tinggi.Dilarang menjemur pakaian di bawah sinaran cahaya matahari.Dilarang menggunakan seterika.Dilarang mencuci dengan menggunakan mesin basuh. Pakaian akan rosak dan menjejaskan fungsi Far-Infrared Rays yang terdapat pada corset.Dilarang memerah pakaian untuk tujuan mengeringkan air.

Panduan Menjemur:

Penjemuran dilakukan dengan menterbalikkan bahagian dalam ke luar dan betulkan bentuk serta ratakan kedutan-kedutan yang wujud.Jemur sebaik sahaja selesai membasuh untuk mengelakkan kedutan.Jemur di tempat udara mengalir.Jangan jemur di bawah sinaran matahari atau udara panas (ini akan menjejas kualiti kain dan menyebabkan warna menjadi pudar).

Premium Beautiful Natural Wash khas untuk cucian Premium Beautiful Foundation Lingerie dan turut sesuai untuk pakaian-pakaian yang eksklusif. Ia terdiri daripada sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. Ianya lembut pada tangan, selamat digunakan, tidak meninggalkan kesan sisa dan mesra alam.

Keistimewaan Premium Beautiful Natural Wash ialah merupakan sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dankaya dengan vitamin.

Premium Beautiful Natural Wash sesuai untuk Premium Beautiful Foundation Lingerie dan pakaian-pakaian yang eksklusif.

Bau Premium Beautiful Natural Wash adalah merupakan bau haruman bunga-bungaan.

Marlia mustafa
0196854385

Tiada ulasan:

Catat Ulasan