Selasa, 14 April 2015

Jenis-Jenis Gemuk...

Gemuk???

 Apa yang anda tahu tentang gemuk?

Kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila
 berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal.
 Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg,
 tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg.
 Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk.
 Sangat-sangat tak best bila dengar perkataan gemuk tu kan?
 Stress sangat rasanya kalau orang panggil kita dengan
 panggilan macam tu.

Okay….. Sekarang, jangan sedih-sedih lagi. Sebelum kita
 nak kuruskan badan dan buang lemak-lemak yang ada kat 
badan kita ni, kita kena tahu, jenis-jenis gemuk yang ada.
 Dan kita ni dalam kategori gemuk yang mana satu. Bila dah tahu,
 senang untuk kita ambil langkah seterusnya. 

Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam 
badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang
 berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian
 badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang
 cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak
 gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan 
dalam bentuk lemak.

Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis :- 

1- Jenis Gemuk Air

Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air
 yang tidak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan
 menggelebeh dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi.
Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air,
 kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita
 kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat
 letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang
 berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau
 lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. 
Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin
 ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

2- Jenis Gemuk Angin

Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macamlembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya. Pakai Premium Beautiful cepat nampak shape badan...

3- Jenis Gemuk Lemak

Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.


Bentuk Epal vs. Bentuk Pear

4- Jenis Gemuk Daging

Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InshaAllah berkesan.

Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil dalam usaha untuk mengurangkan berat dan semestinya untuk mengurangkan ukuran inci di badan. Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita. 

In Sha Allah ada caranya untuk kita kurangkan kegemukan...

Mencegah lebih baik daripada Merawat kawan-kawan

Love,
MARLIA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan